Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya

Harap dapat kiranya rakan-rakan soc-med kongsikan maklumat mengenai PMOKUM ini dengan kenalan-kenalan kalian untuk sama-sama mengetahui lebih lanjut tentang wujudnya persatuan ini. Semoga sedikit sebanyak ianya dapat membantu yang memerlukan.. Terima Kasih.

????????????
Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia atau ringkasnya PMOKUM adalah sebuah badan kebajikan dan sukarela yang ditubuhkan oleh sekumpulan sukarelawan yang terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membangunkan komuniti OKU dalam sektor ekonomi. Di antara aktivitinya ialah mewujudkan usahawan OKU dalam bidang perniagaan dan juga menempatkan OKU dalam bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan akademik dan kemampuan fizikal mereka. Kumpulan sasaran PMOKUM merangkumi OKU penglihatan, anggota, pendengaran dan masalah pembelajaran.

Salah satu perniagaan dan pekerjaan yang sangat bersesuaian bagi golongan ini ialah industri Pusat Panggilan (Call Center), contohnya, menempatkan bekerja di Pusat Panggilan Telekom Malaysia Bhd, MC'Donald, KFC, pusat panggilan institusi kewangan, insuran, jualan atas talian dan lain-lain yang serupa dengannya. Perniagaan dan pekerjaan ini sangat sesuai untuk mereka kerana ia tidak memerlukan pergerakan yang banyak, tidak memerlukan tenaga fizikal yang melampau dan tidak berisiko untuk berhadapan dengan sebarang bentuk kecederaan. Sudah ramai di kalangan golongan OKU yang berjaya ditempatkan dalam industri ini di sekitar Lembah Kelang dan dan bandar-bandar besar lain di Malaysia.

Oleh yang demikian, PMOKUM sekarang ini sedang mengambil inisiatif untuk membuka Pusat Panggilan supaya semakin ramai di kalangan golongan OKU dapat dilatih dan ditempatkan dalam bidang pekerjaan. Disamping dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, Pusat Panggilan kendalian PMOKUM juga dapat menjadi sumber penjanaan ekonomi kepada pertubuhan untuk menjalankan aktiviti amal yang lain serta membiayai kos pasti yang lain seperti gaji dan elaun kakitangan, sewa premis pejabat, bil utiliti dan menyediakan kemudahan asas kepada golongan sasar.

Di antara keperluan asas lain yang diperlukan oleh golongan ini ialah peralatan khas yang menjadi alat sokongan untuk mereka berfungsi dan hidup berdikari misalannya tongkat putih untuk OKU penglihatan, kerusi roda bagi OKU anggota atau fizikal, alat bantu pendengaran bagi OKU pendengaran dan alat bantu pembelajaran bagi OKU masalah pembelajaran. Tanpa alat-alat khas ini mereka tidak akan dapat menjalani kehidupan seharian di atas kaki sendiri. Kesemua peralatan ini adalah produk import kerana tidak ada pengeluar tempatan yang mengeluarkan kesemua barangan ini. Oleh yang demikian, harga barangan khas ini sangat mahal dan kos penyelenggaraannya juga sangat tinggi. Keadaan ini menyukarkan lagi golongan OKU di Malaysia memperolehi dan menyelenggara peralatan khas yang menjadi keperluan asas mereka.

Justeru itu, PMOKUM tampil ke hadapan untuk melakarkan satu formula baru bertujuan untuk memperkasakan lagi sektor ekonomi golongan OKU yang sekian lama dipinggirkan, disisihkan dan dibiarkan tanpa sistem sokongan yang mencukupi. Adalah diharapkan dan didoakan agar inisiatif ini akan dapat menginklusifkan golongan OKU ke dalam masyarakat sejagat dan seterusnya menjadikan mereka rakyat yang berdaya saing, kompetitif dan produktif dan sekaligus mengurangkan pembaziran modal insan dikalangan kelompok ini.

Di kesempatan ini, PMOKUM mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan bantuan dari semua rakyat Malaysia, kerajaan, sektor koprat dan semua agensi agar inisiatif PMOKUM dapat dirialisasikan dan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang menguntungkan semua rakyat Malaysia yang bergelar OKU. Jika sumbangan tersebut berbentuk wang tunai, sumbangan hendaklah disalurkan ke dana PMOKUm seperti butiran berikut:

Nama Akaun: Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia,
Nama bank: Bank Simpanan Nasional (BSN),
Alamat Bank: Cawangan Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur,
Nombor akaun bank: 1410629000141017

Jika anda memerlukan resit rasmi untuk sumbangan yang dilakukan, sila emel atau kirimkan bukti transaksi tersebut ke alamat emel berikut:
Pmokum.malaysia@gmail.com atau hantar melalui WhatsApp ke:
0133237649

Bagi sebarang pertanyaan atau pencerahan, sila hubungi talian-talian berikut:
Pn. Nuryhanie 0133263988
Pn. Ramlah: 0193855702
Cik Afni: 0193585939
Cik Rubiah: 0193055299
Pn. Rosnaliwati: 0102891388
Mr. Manoharan: 0133237649

FB Rasmi: www.facebook.com/pmokum/

IMG_1600.PNG

pmokum #yayasanorangbuta #oku #

 
1
Kudos
 
1
Kudos

Now read this

Stop Nail Biting Polish

Stop Nail Biting Polish A lot of people ask me what I think about these stop nail biting polish. You know the stuff that tastes horrible that you apply on your nails… I thought I’d share a concept that I feel is VITAL to understand if... Continue →